Kehidupan dan pengalaman

Salam semua, blog ini seakan suram semenjak kebelakangan ini, mungkin disebabkan aku seorang sahaja auditor, dan aku sebenarnya tak ada mood sangat lepas permintaan aku yang pertama untuk mendapatkan akses ke adsense google ditolak, tapi aku cuba mohon lagi sekali, ye lah, aku nak duit sampingan, lepas untuk makan minum ok lah.. ingat gaji aku tu cukupkah? Cuba tanya Najib Razak, dia pun tak cukup dengan kemewahan dia.. ok, back to story..

Kehidupan dan pengalaman, kehidupan tanpa pengalaman ibarat kapal yang terlalu lemah manakala pengalaman tanpa kehidupan, itu mustahil... Hahahaha.

Kegagalan
Aku pernah gagal ( disekat PTPTN dan dibuang universiti ) dan jujur aku cakap. Aku menangis sampai sebulan lamanya, kerja aku ntah ke mana, pengurusan diri aku ntah ke mana... aku seakan putus harapan. Dalam hal ini, baru aku tahu, keluarga memainkan peranan yang penting, setelah kawan terus meninggalkan aku untuk terus berjaya... tipu lah kalau kawan gagal, kita pun nak gagal melainkan semangat juang dah tak ada dalam erti kata lain dah malas nak sukses. Aku dipujuk oleh keluarga untuk teruskan pengajian aku di universiti atau kolej lain. Aku juga ingin mendapatkan segulung ijazah. Tapi betul orang cakap. BANGKIT DARI KEGAGALAN SEMEMANGNYA SUSAH!!! Ye, aku akui itu, PTPTN aku dibekukan, maknanya aku private fee, tipu lah kalau sesiapa yang private, tak terseksa dengan fee kolej, tapi lainlah kalau anak orang kaya yang manja. Sebab apa aku kata manja? Sendiri gagal, sendiri bangkitlah, takkan mak ayah pun nak tolong, diorang just bagi support bolehlah. Aku kerja part time pada sebelah malam serta hari minggu untuk menampung kos pengajian aku, makan minum? Sebab tu aku pilih restoran sebagai tempat aku part time supaya aku dapat jimatkan duit aku sekaligus bayar yuran bulanan kolej dan bilik sewa aku. Sememangnya ada SANGKUT, aku tak nafikan, malah hampir setiap semester, aku terpaksa menghadapi situasi sebegini, mengadap muka account department.. muka aku buat simpati macam peminta sedekah pun ada. Aku berpegang pada ayat, gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya.

Kewangan 
Tidak dinafikan kewangan adalah satu sumber yang penting buat masa ini. Tanpa kewangan bererti kehidupan kita terumbang ambik. Aku pernah ditipu dengan ajent perumahan, aku duduk tak sampai sebulan, lepas tu owner asal rumah tersebut datang tuntut kembali rumahnya. Aku terpaksa keluar dan aku kerugian RM500. Tak dapat deposit. Huhuhu... Tu aku belum cerita aku ditipu dengan pembelian HP dan penjualan sim kad oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

Persahabatan 
Aku bila berkawan, aku akan jadi gila. Itulah aku... bukan gila yang macam orang gila, tak. Gila tu maksud, alah, korang faham kan? korang bayangkan kalau kawan sendiri yang paling rapat curi duit kau dalam akaun kau sampai RM1000. Pada mulanya, aku tak syak langsung yang kawan aku tu mencuri tapi rakaman CCTV menunjukkan jelas muka dia. Dalam hal ini pun, aku terima kasih kepada David sebab dia jugalah yang cari kawan aku yang curi duit aku sampai dapat... hahahaha. Kawan ramai, cumanya dia ada pada waktu kita susah ( tolong kita masa susah ), tak ada pada waktu susah atau ambil kesempatan pada kita. Itu tiga golongan kawan kita. Jadi, pandailah memilih kawan... macam-macam jenis kawan... hahahaha

Setakat ini, itu sahaja lah artikel aku mengenai pengalaman dan kehidupan, sebenarnya banyak pengalaman orang lain yang aku tengok cumanya terlalu banyak. Aku akan kongsikan di artikel lain. Ditahan wad juga satu pengalaman, tak terkecuali melancong di dalam dan luar negara... kbye... life must go on....


Comments

Popular posts from this blog

perjalanan seorang pink walker

Pengalaman pertama hiking

NUANG, KAU KEJAM TAPI KAU MAHALLLLL !!!! ( NEWBIES )