perjalanan seorang pink walker

Assalamualaikum, sorry lah, blogger ni suam2 kuku... Penulis nya bizzy dua kerja, kadang buat tiga kerja... Zaman pasca Covid19 ni, tak dinafikan, terlalu mencabar, tidak seindah seperti angan kita ketika kita kecil dulu...

Back to topic lah, perjalanan seorang pink walker... Ianya adalah salah satu kerja aku selain kerja utama aku dan satu lagi kerja.. Keliru kan, aku ni haa yang nak kena hadap... Hahahaha.. Untuk meneruskan kehidupan... 😉

*Selfie dulu sebelum mencedok order... Tenaga banyak pakai tu* 😅


Selama sebulan lebih aku kerja, perjalanan pink walker yang juga nama lain adalah food panda walker bukanlah mudah... Aku selalunya main area BB di bawah kawasan KLCC.. Kadang aku main Nu Sentral, KL Sentral di bawah kawasan Bangsar.. Untuk walker, selain 2 kawasan itu, masih ada lagi iaitu kawasan Kerinchi, Setapak, Mont Kiara, di area KL lah.. Tempat lain tak pasti.. Boleh pilih untuk berbasikal atau berjalan kaki.. Memandangkan aku cuma part time dan memilih pink walker sebagai penambah sedikit rezeki aku, aku just pilih jalan kaki.. Keduanya sama, tetap digelar walker.

*Terserempak dengan kawan sekerja, tak sangka dia pun buat foodpanda, tapi rider lah, jangan main2, top rider tu.... Chia chia chia*


Di BB, sebagai walker, firstly, clock in lah kan, tak kisah asalkan di Blue Zone dalam apps RR (road runners) tu, apps rider / walker foodpanda . Jangan terkejut boh dapat jarak dari kedudukan kita ke tempat pick up (vendor) 850 meters dan dari jarak  vendor ke tempat customer (drop off) juga 800 meter.. Kat situ kau kena berjalan kaki sejauh 1.6KM hanya untuk satu order. Nanti dulu, jangan mengeluh, layan kan je, ada tambahan duit gaji kita per order kalau jauh.. Lagipun, aku yang pilih pemilihan kerja ni sebagai walker.. Hadap lah... Hahaha.., 🤣


*Gambar screenshot atas adalah blue zone, haaaa.. Kat dalam blue zone tu korang boleh clock in dalam RR tu.. *


*Semasa pergi ke vendor atau tempat pick up, disarankan guna maps ( jika tak tau atau tak pasti arah ), jangan lupa setting jalan kaki punya... Tengok, 800 meter bhai sekali jalan, kene pandai juga main cross, jangan lurus sangat ikut 100% maps * 😅


Bagi aku, semua kawasan walker lebih kurang.. Kita kena lah berani mencuba tempat baru, tapi setakat ni aku pernah try Bangsar dan KLCC je... 😅


Kalau korang nak mencuba nasib di Foodpanda, dan pilih untuk menjadi walker, sesuai untuk part time atau pendapatan sampingan, jika full time, InsyaAllah boleh, ada jalannya, rezeki Allah tidak terduga. Kalau nak pendapatan keras, join lah riders... Atau.. Arghhh... Rezeki luas lah, pandai atau tak pandai je cari.. Aku ni pandai cakap je lah.. Hahaha... 😅


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman pertama hiking

NUANG, KAU KEJAM TAPI KAU MAHALLLLL !!!! ( NEWBIES )