NUANG, KAU KEJAM TAPI KAU MAHALLLLL !!!! ( NEWBIES )

Salam semua, entry blog saya sebelum ini adalah berkenaan pengalaman pertama hiking saya iaitu di Gunung Datuk beberapa bulan lepas... kali ini saya akan update entry gunung kedua saya hiking iaitu di Gunung Nuang pada 30 Oktober 2017. Cabaran saya adalah kurang tidur, bekalan makanan tak prepared cantik dan keadaan trek yang basah dan licin semasa menurun dari gunung kerana hujan... Ingat, saya bukan otai, saya newbies yang semput, bwahahaha. Total #ontrek saya 15 jam setengah campur rehat-rehat sekejap.. saya newbies, kalau otai mesti lajuuu..

Ok, plan saya ini agak gila dan membuatkan saya menyesal sedikit, iaitu guna public transport ke Nuang untuk hiking hehehe. Pada belah petang 29 Oktober 2017,saya dari Shah Alam menaiki KTM terus ke Petaling stesyen kerana berjumpa buddies hiking saya di sana untuk sedikit pencerahan dan sudikan masa sebelum move...  dan menaiki bus terus ke Pasar Seni. Di Pasar Seni pula, saya menaiki MRT ke Taman Suntex, Cheras. Dari situ, saya menaiki bus rapid kl T406 terus ke kg pangsun. Dari kg pangsun saya berjalan kaki ke Hutan Rekreasi Gn Nuang selama 11 minit. Saya ber camping di bawah dan saya mempunyai peneman iaitu budak-budak yang menghiburkan saya pada malam hari sebelum pendakian bermula... manusia dan alam, dewasa dan kanak-kanak.. entities dan entities yang lain, amat menakjubkan, ianya membuatkan aku hilang masalah sekejap dan befikir tentang kehidupan sejenak... terima kasih budak.. 

saya dan dua budak-budak ini dan dua adiknya yang lain menjadi peneman saya dan kawan saya pada malam sebelum hiking. Riuh rendah juga lah malam tu, hahaha


Ok, habis sudah saya berbual dengan mereka dan saya tidur sekejap, saya memulakan pendakian pada seawal pukul 4 pagi. Perjalanan saya menuju ke lolo camp tidaklah terlalu ekstrem cuma keadaan gelap pagi yang menakutkan serta bunyi haiwan yang menakutkan, huhuhu.. Saya sampai di Lolo camp pada pukul 5.30AM. 

Selepas kem Lolo, saya melalui lima cross sungai termasuk satu empangan kecil.. dan selepas itu, trek akan mencanak secanak canak nya... hahahaha.. tapi sabar, itu tak dikira ekstrem.. hahahaha.. 

Pada pukul 8.45AM, aku sampai di kem pacat... aku rasa lega sekejap sebab aku rasa puncak dah dekat.. AKU SILAP... hahaha ..,. selepas itu, Nuang punya cabaran seakan dalam cerita Saw. seram wei.. 

Aku meneruskan perjalan dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih.. seperti yang aku cakap tadi, trek dia mencanak canak secanak nya, hahaha... time ni, segala penyesalan ada.. hahahaha.. banyak juga lah berehat.. hahaha

berehat lah kejap, penat wei layan kekejaman Nuang, hahahaha 

Saya tidak pasti saya sampai di Puncak Pengasih pada pukul berapa sebab saya sudah pewai ( penat ) yang teramat sangat plus saya dah tak ada mood, hahahaha.. 

Selepas puncak pengasih, saya akan turun bukit dan naik semula bukit dalam 1jam maybe.. saya tak pasti tapi saya sampai di puncak pada pukul 11.55AM. Huh, sampai juga di puncak yang bagi saya terlalu kejam dan terlalu mahal bagi saya, saya akan kenangkan... !!!

masa ini saya kekurangan energy kerana kekurangan bekalan makanan seba saya punya pelan bekalan makanan saya tidak berapa cantik, hahaha.. 

permandangan pada gambar ini sangat cantik tapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan saya.. hanya kabus sahaja dan sejuk gunung, hahaha... 

Ok, saya berehat dalam sejam lebih dan turun... Haaa, di sini, ada cabran baru muncul... Hujan !!!

trek yang berkabus tebal dan hujan serta trek yang licin serta basah menyukarkan saya untuk menurun gunung... 

Semasa menurun gunung, saya mengambil masa enam jam setengah.. Pada pukul 7.30PM, saya sudah sampai di bawah.. hahhaha. Pergi gelap, balik gelap, bwahahaha.. 

tak silap aku, pokok inilah yang menjadi sebutan kan???? Fames kau pokok, hahaha 

Pada pengakhirannya, saya menucapkan terima kasih kepada abang Rezal paduuuu sebab menumpangkan saya ke MRT station untuk saya balik rumah dan tidurrrrrr... hahahaha. Kawan hiking semua rata-rata baik dan sudi menolong... bagus.. terima kasih.. 

#ontrek timing saya 
4AM = mula pendakian 
5.30AM = kem Lolo
8.45AM = kem Pacat 
11.55AM = PUNCAK NUANG 
7.30PM = ending ontrek ( lega )











Comments

Popular posts from this blog

perjalanan seorang pink walker

Pengalaman pertama hiking