Pengalaman pertama hiking

OK, Kali ni aku nak bercerita pasal hiking pula. Semalam aku hiking di gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Jaraknya sejauh 2.1km Dan gunungnya setinggi 850 meter. Pertama Kali hiking ni, sepatutnya mula lah dulu Dari gunung kecil seperti gunung gayong Pahang ke tapi ni terus kepada gunung dengan ketinggian sederhana kecil. Hahaha.. Pancit den.. Tapi akhirnya aku berjaya sampai di puncak gunung yang permandanganya sungguh cantik. Boleh nampak satu negeri sembilan. Hahahah Jangan terkejut Kalau permulaan hiking dah mencanak naik dia punya track hiking. Penat gila. Ianya mengambil masa 40 minit mendaki canak tu Dan selepas tu ada lagi canak tapi canak manja lah. Kaki hiking mestilah anggap biasa je kan? Hahaha Kalau aku ngan team mendaki sampai puncak lebih kurang mengambil masa dua jam setengah. Aku tak pastilah Kalau kaki hiking. Makanan je bagi diorang ni, hahahaha. Sampai di kaki puncak gunung yang berbatu-batu, korang akan naik tangga menaiki batu-batu tersebut. Jangan anggap mudah tau. Sebab ianya gayat bagi aku. Sungguh, aku kan newbie dalam hiking ni.. Hahahaha Yang belun mendaki dan nak mencuba mendaki gunung datuk ni, pastikan korang bawa air secukupnya sebab kat atas mana ada air. Hahahaha dan kene cukup bersedia semangat dan kecerdasan badan... Korang Boleh lihat sendiri pendakian kami Dan permandangan yang sungguh cantik di atas puncak gunung datuk, rembau negeri sembilan.

Gambar penulis berada di puncak gunung datuk. Lihat backgrounds, permandangan yang sungguh cantik. Tak mainlah bukit broga bro, hahahaha

INI adalah salah satu cabaran untuk mendaki ke puncak gunung datuk. Berbatu Dan gayat whoa. 

Ini adalah team penulis yang terdiri Lima orang ahli sahaja. BTW, penulis adalah baru. Dan aktiviti adalah yang pertama team ini dengan penulis. Hasil ajakan kawan yang juga salah seorang Dari team ini. Baju dan nama team ini akan dikeluarkan secara rasmi. Program juga akan dibuat pada masa datang, cumanya tidaklah terlalu kerap. Hehehehe... 


Comments

Popular posts from this blog

perjalanan seorang pink walker

NUANG, KAU KEJAM TAPI KAU MAHALLLLL !!!! ( NEWBIES )